Ahad, 10 Ogos 2014


Assalammualaikum w.b.t & Selamat Datang ke...Blog BMM3053


BMM3053 merupakan mata pelajaran atau kursus wajib bagi guru pelatih PISMP semester 3. Mata pelajaran ini juga dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Bagi IPG Kampus Keningau kelas PISMP GSTT Bahasa Melayu Kumpulan 1 mata pelajaran ini adalah di bawah bimbingan pensyarah Encik Mohd. Firdaus Bin Abdul Salam. 

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer merupakan satu proses pengajaran yang kini menjadi suatu yang penting dalam mencapai objektif pengajaran. Antara aspek yang ditekankan dalam mata pelajaran ini antaranya ialah pengajaran dan penguasaan ilmu terutama dalam kemahiran komputer untuk mengakses maklumat melalui teknologi terkini. Selain itu, mata pelajaran ini turut menekankan aspek pencarian maklumat, pengolahan serta penyusunan bahan, perbincangan tentang aplikasi kemahiran komputer dalam mendapatkan maklumat. 

Dewasa ini, sistem pendidikan telah mengalami pelbagai transformasi sama ada dari aspek Kurikulum mahu pun Kokurikulum. Oleh itu, pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan antara kaedah dan teknik terbaru yang banyak memberi peluang kepada guru dan pelajar mencuba sesuatu yang baharu bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian selaras dengan perkembangan budaya ilmu masa kini. 

Semoga dengan pembinaan blog ini juga dapat memberikan manfaat kepada kita semua....Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah....perkongsian ilmu juga merupakan suatu amalan yang amat dituntut....Oleh itu, marilah kita bersama berkongsi ilmu walaupun hanya sekecil zarah namun memberikan manfaat seluas lautan....:)..