HALAMAN UTAMA




Assalamualaikum w.b.t...

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Arus pemodenan negara kini telah merubah pelbagai perkara termasuklah sistem pendidikan dan kurikulum Bahasa Melayu itu sendiri. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kini bukan hanya diajar secara tradisional malah diperkasakan lagi dengan kemajuan teknologi yang kian membangun bertujuan untuk menyebarkan ilmu bagi menarik minat pelajar dalam mengikuti pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berbantukan komputer.

Antara subtopik yang terkandung di bawah mata pelajaran ini ialah penggunaan enjin pencari bahan Bahasa Melayu, aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet, pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu, membina dan menggunakan tapak atau laman web pembelajaran dan pakej pembelajaran, mengaplikasikan model pemprosesan maklumat, mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu secara atas talian dan banyak lagi.

Justeru, marilah kita bersama berusaha membina dan mewujudkan bahan serta suasana pembelajaran yang dapat menarik minat setiap pelajar kita semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai bakal guru kelak...:)..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan